Manfaat Membeli Rumah Teres Buat Pasangan Baru Berkahwin

rumah teres - LBS Cybersouth

Sebagai pasangan yang baru atau bakal berkahwin, anda pasti sudah mengimpikan hari-hari bila anda menimang cahaya mata dan mempunyai rumah sendiri. Pada zaman kini, ramai pasangan muda gemar mendapatkan unit pangsapuri, tetapi membeli sebuah rumah teres lebih banyak mafaatnya. Teruskan membaca untuk mengetahui kelebihan sebuah rumah teres!

Apakah Sebenarnya Rumah Teres?

Sebagaimana yang biasa kita lihat, rumah teres merupakan barisan rumah yang mempunyai rekaan sama dan saling berkongsi dinding tepi. Rumah pertama dan terakhir di setiap baris pula mempunyai saiz yang sedikit besar berbanding rumah-rumah di tengah, selain mempunyai kawasan laman yang luas. 

Reka binaan rumah teres di Malaysia adalah hasil peninggalan penjajahan British, dengan reka bentuk yang mirip dengan rumah teres di kota London, tetapi binaannya disesuaikan dengan keadaan iklim di sini

Binaan Yang Luas Sesuai Buat Keluarga

rumah teres - LBS Cybersouth

Rumah teres ada yang bertingkat satu dan juga bertingkat dua. Jadi, anda dan pasangan dapat memilih saiz rumah yang paling sesuai buat perancangan keluarga anda. Rumah teres juga mempunyai ruangan yang spesifik dan khas seperti ruang tamu, bilik tidur dan ruang makan. Ruangan khas ini lebih luas dari ruangan di pangsapuri ataupun flat, jadi anda tidak perlu risau jika anak anda membesar dan memerlukan ruang mereka sendiri. 

Hidup Dalam Komuniti dan Kejiranan Yang Baik

Apabila anda sudahpun beranak-pinak, adalah bagus kalau mereka boleh belajar untuk hidup berjiran. Menetap dalam kawasan perumahan teres memberi peluang mereka bergaul dengan jiran-jiran dan belajar sifat-sifat mahmudah daripada komuniti yang baik dan sihat. 

Pengajaran yang anda sekeluarga boleh dapati daripada hidup berjiran dan berkomuniti lebih berharga dan bermakna dari rumah teres yang anda beli.

Dapatkan Pelbagai Kelebihan Rumah Teres Kita Bayu 

Sedang mencari rumah idaman? Apa kata anda lihat rumah-rumah teres di Kita @ Cybersouth yang diberi nama Kita Bayu! Terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya, lokasi pembandaran ini adalah strategik dan sesuai buat anda sekeluarga untuk membesar. Ketahui lebih lanjut tentang rumah-rumah Kita Bayu di sini https://www.lbscybersouth.com.my/projects/kita-bayu-teres/